Macamana kita membacanya? sent atau kent?
Bagi kita yang sudah biasa dengan B.I tidak akan ragu-ragu lagi untuk membaca ‘cent’ - sent dan bukan kent.
Tetapi kalau perkataan ‘cat’ tidak pula kita menyebut ’sat’.
Kelebihan dalam B.M setiap huruf menggambarkan hanya satu bunyi kecuali huruf e. Cuba sebut ekor dan emak.
Tetapi dalam B.I boleh dikatakan setiap huruf boleh menggambarkan lebih dari satu bunyi. Contohnya, huruf ‘c’. Bunyinya berbeza untuk ‘cat’ dan ‘cent’?
Tipsnya..
Apabila huruf c diikuti dengan huruf e,i,y, huruf c menggambarkan bunyi ’s’. Contoh: cent, city, cycle.
Apabila huruf c diikuti dengan huruf a,o,u, huruf c akan menggambarkan bunyi ‘k’.
Contoh: cat, cold, cup.
Dalam bahasa Melayu, huruf c pula hanya menggambarkan bunyi c seperti dalam cawan.


