Semalam, saya terbaca dalam forum adikbijak.com source daripada Yahoo!Health tajuk - DVDs don’t produce Brainy Babies. This is some news! Dikatakan kajian telah dibuat dan mendapati DVDs dan videos yang dikatakan dapat membantu keupayaan bayi (di antara 8 dan 16 bulan) untuk mempelajari perkataan baru sebaliknya boleh menghalang kepada pembangunan bahasanya. Manakala untuk kanak-kanak ( 17 - 24 bulan) didapati tidak terkesan secara positif mahupun negatif akibat menonton DVD dan video.
Dalam hal ini, kita tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru. Kita tidak perlu buang kesemua DVDs/videos anak-anak dengan alasan ianya merbahaya. Saya yakin ramai ibubapa yang memang tercari-cari DVDs,VCDs, CD apa-apa yang berbentuk multimedia untuk pengajaran anak-anak. Survey yang saya buat di dalam blog ini pun walaupun tak ramai yang sertai, top on the list ialah dvd dan vcd.
Walaupun kajian telah dibuat tetapi ianya hanya untuk 1000 keluarga. Kajian itu tidak dapat membuktikan bahawa DVDs/videos memberi kesan yang negatif secara total. Ini diakui sendiri oleh lead author Frederikck Zimmerman, associate prof of health service di University of Washington and Seattle Children’s Hospital Research Institute yang membuat kajian tersebut. Kajian yang lebih terperinci perlu dibuat untuk mengkaji kesan jangka panjang DVDs/videos kepada pembangunan kognitif kanak-kanak.
Komen saya, sememangnya Dvd/video tidak boleh menggantikan tempat ibu bapa/ guru tetapi dalam hal ini, Dvd/video tidak berfungsi untuk mengambil alih tugas ibu bapa/guru pun tetapi sebagai penambahan, pengukuhan, apa salahnya. Ada seorang ibu telah menghidangkan anaknya dengan DVD sing the sounds sejak anak itu berusia 6 bulan. Apabila anak itu berusia setahun 2 bulan, anak itu telah boleh menyebut perkataan yang ada di dlam Vcd itu.
Daripada anak itu tidak buat apa-apa, (pemandangan yang biasa dilihat di nurseri) lebih baik kita dedahkan anak dengan menonton educational DVD/VCD. Melainkan kita boleh isikan masa anak itu dengan aktiviti sepanjang masa jaganya, yang mana yang itu yang terlebih baik. Tetapi sekiranya tidak, apa salahnya provided VCD yang diberi tonton mestilah yang berfaedah. Satu perkara lagi kita mesti ingat pada waktu anak masih bayi sehingga 6 tahun, otaknya sangat aktif dan mampu menyerap apa jua rangsangan yang didapatinya. Wallahuaklam.


