Cuba baca. Samakah bunyi kedua-dua perkataan di atas?
Seorang ibu pernah bertanya kepada saya, ” Kita tak pandai macam mana nak ajar anak membaca ‘day’ dan ‘they’. Bunyinya macam sama saja.
Betul ke sama?
Dalam bahasa Inggeris ada lebih daripada 40 bunyi -bunyi asas yang kita perlu tahu untuk boleh membaca(lebih banyak daripada bahasa Melayu). Kalau kita teliti setiap perkataan,
day ada 2 bunyi asas - d ay
they juga ada 2 bunyi asas - th ey
Yang penting di sini ialah adakah bunyi d = th?
Kalau kita lihat dalam kamus Oxford contohnya, fonetik symbol untuk d tidak sama untuk th. d menggambarkan bunyi deh manakala ‘th’ menggambarkan bunyi ‘dz’.
Tapi kita sudah biasa menyebut ‘they’ seperti day. Tapi sebab dah biasa dan ramai orang menyebut begitu sehingga kan kita ingatkan day dan they sama sebutannya walaupun sebenarnya berbeza.
Manakala ay dan ey memang menggambarkan bunyi yang sama. Dalam bahasa Melayu, contohnya huruf e boleh membawa bunyi e(emak) dan e (ekor). Dalam Bahsa Inggeris pula, ada bunyi yang boleh digambarkan dengan bermacam-macam cara. Contoh, bunyi ay(day) boleh juga digambarkan dengan ey(they), a..e(take), eigh(eight).
Wallahuaklam.


