NANTIKAN KEDATANGAN PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC PADA 19 MAC - 28 MAC.

Loginskip to content

Archive for the 'Kemahiran Membaca' Category

Jom kenali bahasa kita - Huruf

Wednesday, September 26th, 2007

Ramai yang keliru antara huruf dan abjad. A ialah huruf begitu juga dengan b, c dan seterusnya sehingga z. Dan huruf – huruf ini adalah abjad bagi tulisan rumi. Manakala susunan alif, ba , ta dan seterusnya hingga ya ialah abjad bagi tulisan Jawi.

Mengikut kamus Dewan, abjad ialah :

(more…)

Apa itu membaca?

Friday, July 20th, 2007

Peserta-peserta kursus Kaedah Mengajar Membaca Ameen yang majoriti terdiri daripada kaum hawa memberikan input apa yang mereka faham tentang membaca.

Input 1:

“Anak saya dah boleh membaca. Kalau bagi suratkhabar tu, dia boleh sebut yang ini a, yang ini b, yang ini c… Semua betul. Tak ada satu pun yang silap. Kalau a dia akan kata a. Kalau b dia akan kata b. Tak ada pula dia keliru b dengan d atau p dengan q …”

Input 2 :

“Anak saya dah boleh membaca. Kalau pergi shopping tu, tiba sahaja dekat makanan kucing friskies tu, dia terus tunjuk dekat tulisan friskies dan sebut friskies.”

Input 3 :

“Anak saya dah boleh membaca. Setiap hari, dia akan menyanyi s… a… sa… t… u… tu… s..a..t..u … itu satu.”

Input 4 :

“Anak saya dah mula boleh membaca. Bangun saja tidur, dia akan nyanyi lagu abc berulang-ulang kali, tak jemu-jemu. Itulah lagu ‘favourite’ dia sekarang. Bagus jugalah daripada dia hafal lagu yang bukan-bukan tu.”

(more…)

Erti membaca bagi anak

Wednesday, July 18th, 2007

Belajar membaca ialah pelajaran paling penting bagi anak kita di sepanjang persekolahannya. Peribahasa ‘membaca jambatan ilmu’ adalah pandangan seorang dewasa.

Bagi si anak pula, dia tidak terfikirpun tentang ilmu yang dia mampu perolehi, kejayaan atau kegagalan. Apalah erti ilmu, kejayaan dan kegagalan bagi anak yang umur baru setahun jagung. Apa yang dia tahu… bila dia boleh membaca, dia akan rasa bangga. Walaupun dia tidak kata, “ Mak… saya bangga saya boleh baca macam mak dan ayah, macam kakak dan abang” tetapi dari raut wajah dan sinar matanya, kita boleh tahu perasaannya.

Kita akan lihat si anak ke hulu ke hilir dengan bukunya, cuba menunjukkan kehebatannya membaca di hadapan kita dan ahli keluarganya yang lain. Hatinya berbunga-bunga mendengar pujian-pujian lebih-lebih lagi daripada kita orang tuanya.

Anak kita akan mempunyai keyakinan yang tinggi. Kebolehannya untuk membaca juga akan menjadikannya yakin dan bersifat positif untuk menguasai kemahiran-kemahiran lain.

Dan yang terlebih penting adalah membaca dapat memberikan anak kita kepuasan yang tidak tergambar. Ibarat menunggang basikal, sebaik sahaja sianak sudah boleh mengayuh satu dua pusingan, maka setiap hari selepas itu, selagi tidak tercabut rantai basikalnya, basikal itu akan dikayuh dan dikayuh. Sesekali jatuh basikal serta satu dua, kesan calar balar di badan tidak akan menggoyahkan semangatnya untuk terus mengayuh kerana dia yakin dan puas. Kalau basikal dikayuhnya hingga tercabut rantai. Kalau buku hingga sudah tidak ada rupa.. lunyai diharungnya ke sana sini. Tetapi dia seronok setiap saat dia membaca, dia dapat rasakan kepuasannya….

(more…)

Membaca adalah nadi kepada pembelajaran anak

Thursday, July 12th, 2007

Sebagai orang tua, kerisauan melihat anak yang masih belum boleh membaca ialah satu kerisauan yang amat tinggi. Kalau anak sudah dua tiga tahun berada di bangku sekolah, tetapi masih terkial-kial hendak membaca, ibu bapa manalah yang tidak risau. Kalau tidak boleh membaca, macam mana hendak belajar?

Kasihanilah anak kita yang ada minat belajar tetapi terhalang disebabkan tidak boleh membaca. Tidak boleh belajar bermakna gelaplah masa depan nya kerana membaca menjadi prasyarat untuk berjaya.

Teringat saya akan seorang guru Matematik tahun 6 di sebuah sekolah kampung di Johor. Beliau mempunyai masalah ramai murid yang tidak boleh membaca. Ada juga sebilangan murid yang tidak minat belajar.

Guru ini sangat kreatif. Beliau telah memikirkan satu cara belajar Matematik sambil bernyanyi. Menyedari anak-anak muridnya yang suka bernyanyi, beliau telah mengilhamkan beberapa buah lagu untuk dihafal. Lirik lagunya hanyalah formula-formula Matematik dan cara – cara untuk menyelesaikan masalah Matematik.

Cara ini telah berjaya membuahkan kejayaan. Sekolahnya telah mencatatkan seratus peratus kelulusan untuk pelajaran Matematik walaupun ramai yang tidak boleh membaca! Beliau mendapat anugerah guru cemerlang untuk usahanya itu. Pelik tetapi benar!

Tapi benar tidak semestinya betul caranya! Dari satu segi, cara itu telah berjaya membuatkan budak-budak itu bersemangat untuk belajar dan dengan caranya yang tertentu boleh menjawab soalan tanpa perlu boleh membaca.

Walaubagaimanapun, permasalahan anak –anak tidak boleh membaca masih belum dapat diselesaikan. Ibarat anak yang sakit gigi diberi ubat tahan sakit. Baiknya sekejap … esok sakit semula. Kali ini untuk UPSR boleh jawab soalan… nanti esok PMR dan SPM , adakah mereka mampu bertahan?

Membaca adalah kemahiran tertinggi seseorang manusia

Tuesday, June 19th, 2007

Hakikatnya, hanya manusia yang boleh membaca dan menulis. Walaupun ada kajian yang mengatakan haiwan juga boleh membaca, namun cara membacannya tidak sama seperti membacanya kita, manusia.

Dan di kalangan kita sendiripun, tidak semua yang dapat mengecapi anugerah ini. Membaca ialah satu kemahiran tertinggi seseorang manusia. Membaca ialah satu kemahiran yang komplikated.

Kita kena akui bahawa membaca bukan satu perkara yang mudah untuk anak-anak kita lakukan. Kemahiran membaca memerlukan minda kita untuk mentafsir dan menterjemah.

(more…)

Membaca itu bukan satu kemahiran semulajadi.

Monday, June 18th, 2007

“Anak saya dah boleh membaca. Kalau bagi suratkhabar tu, dia boleh sebut yang ini a, yang ini b, yang ini c… Semua betul. Tak ada satu pun yang silap. Kalau a dia akan kata a. Kalau b dia akan kata b. Tak ada pula dia keliru b dengan d atau p dengan q …”

Ramai di antara kita tidak faham apa itu membaca. Fahaman seperti di atas adalah satu fahaman yang biasa bagi kebanyakan ibubapa. Rata-rata, kita beranggapan untuk membaca, anak perlu kenal huruf atau tahu nama huruf. Tanggapan ini disahihkan pula dengan rancangan-rancangan pendidikan kanak-kanak. Contoh yang paling mudah ialah Sesame Street.

Bahan-bahan pendidikan terutamanya buku juga diolah untuk memperkenalkan nama huruf terlebih dahulu. Lagu ‘abc’, saya fikir ialah lagu yang semua orang tahu tidak kira tua ataupun muda. Ia boleh dikira lagu yang evergreen.

Justeru itu, mari kita hilangkan kekeliruan ini dahulu. Cuba kita fahami apa itu membaca. Kita tidak mahu bila kita sudah mula mengajar tiba-tiba baru kita tersedar yang kita sudah tersalah ajar. Ibaratnya memandu di Kuala Lumpur yang penuh dengan ‘highway’, kalau sudah tersilap jalan, baru hendak berpatah balik, memanglah menyusahkan diri.

Ada beberapa konsep umum yang kita perlu tahu tentang membaca. Mari kita lihat satu persatu.

(more…)

Membaca itu bukan satu anugerah…

Saturday, June 16th, 2007

Kita mesti ingat yang membaca itu bukan satu anugerah kepada setiap anak. Tetapi pada masa yang sama, setiap anak itu berhak untuk membaca. Dan membaca itu bukan lagi berada pada tahap penting… ianya sudah jatuh ke tahap wajib. Anak kita wajib boleh membaca. Ingat! Tiada yang lebih menyayangi anak selain daripada kita, ibubapanya.

Berapa ramai yang sudah boleh membaca pada usia seawal 3 tahun? Dan siapakah yang bertanggungjawab mengajar anak ini sehingga boleh membaca kalau bukan ibubapanya. Kisah seorang kanak-kanak lelaki, kalau kita masih ingat 30 tahun yang lalu, menggemparkan masyarakat dengan keupayaannya membaca pada usia 4 tahun. Siapakah orang di sebalik kisah kanak-kanak ini kalau bukan ibunya? bukan seorang guru tetapi seorang jururawat.

(more…)

Sayalah ibu, sayalah guru…

Monday, May 21st, 2007

Saya kesuntukan masa. Ujian diagnostik membaca hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Andai kata, saya menghantarnya ke pusat tuisyen atau reading centre, belum tentu anak saya berjaya. Bagaimana kalau pisang berbuah dua kali? Bagaimana kalau anak saya “diserahkan” semula buat kali keduanya kepada saya! Bak kata pepatah, “pisang ditanam tak berjantung”; bukankah itu sia-sia namanya.

Hakikatnya, saya tidak ada masa untuk permainan “serah-menyerah” ini. Saya tidak mampu untuk mengambil risiko menaruh harapan kepada orang lain apatah lagi, orang itu tidak mengenali dan memahami anak saya. Sayalah ibunya dan sayalah pilihan terbaik yang dia ada pada ketika itu.

Cuba fikirkan apa kelebihan saya. Saya ibunya, saya yang melahirkannya, saya jugalah yang mendidiknya semenjak bayi lagi, saya memahami karenah dan ragamnya, saya tahu apa yang dia minat dan apa yang dia tidak suka. Dan yang lebih penting ialah saya mahukan yang terbaik untuk anak saya. Maka tentunya untuk mendapatkan yang terbaik, saya akan usahakan yang terbaik juga… Bukankah semua ini memberi kelebihan kepada saya sebagai ibunya.

Mengeja dan sukukata

Saya mula tercari-cari bagaimana cara atau kaedah hendak mengajar anak saya membaca. Pada waktu itu, saya cuma mengetahui dua kaedah. Pertama, kaedah mengeja dan kedua, kaedah sukukata atau lebih dikenali dengan bukunya “Bacalah Sayang”.

Seingat saya, saya sendiri belajar membaca mengunakan cara mengeja menggunakan nama huruf. Kemudian, saya ingat pada penghujung abad ke 20, kita diperkenalkan pula dengan satu lagi cara atau kaedah yang dinamakan suku kata (lebih dikenali dengan buku “Bacalah Sayang”).

Saya kesuntukan masa. Masalah anak saya ini harus saya tangani secepat dan secekap mungkin. Saya tidak ada pilihan lain. Maka, saya pun memilih untuk menggunakan kaedah sukukata.

(more…)

Enam tahun masih terlalu awal.. ?

Saturday, May 19th, 2007

Enam tahun masih terlalu awal..

Mungkin anda berkata,

Alah.. baru enam tahun. Enam tahun, belum masuk sekolah lagi. Masih terlalu awal untuk “risau-risauan”.

Mungkin juga betul kata anda itu. Pada usia enam tahun, kita tidak boleh membuat apa-apa rumusan - sama ada itu satu masalah besar ataupun tidak. Walau apapun, saya terpaksa usahakan supaya anak saya boleh membaca sebelum dia melangkah ke darjah satu kerana..

(more…)

Pembuka Bicara

Friday, May 18th, 2007

Saya telah dianugerahkan dengan tujuh orang anak - enam lelaki dan seorang perempuan. Lima daripadanya sudah bersekolah; dua orang di sekolah menengah dan tiga lagi di sekolah rendah. Pada awalnya, kesemua mereka, saya hantar ke sekolah swasta.

Apa yang “menarik” tentang anak-anak saya ini ?

(more…)

Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"CEPAT BACA DAN I CAN READ", "AL-AISAR" BAHASA ARAB& AL_QURAN alBarqy"
pada
10 April 2010

di
Kompleks Pusat Kembangan Pendidikan UKM Taman Tasik Titiwangsa, KL
Yuran RM180 dan dapatkan Pakej Ameen secara percuma.


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI KURSUS SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9