
Nama: Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa selama hampir 10 tahun. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, Muar. Kemudian sekolah menengah di Maahad Muar dan seterusnya ke Kolej Islam Kelang. Melanjutkan pelajaran ke Adelaide Australia dalam bidang Ekonomi di Universiti Flinders, Adelaide.
Pulang ke tanahair dan terus terjun ke dalam bidang pendidikan mengajar bahasa Malaysia dan Inggeris di dua buah sekolah swasta yang established sebelum berpindah ke Al-Ameen Serve Holdings sdn bhd sebagai editor/writer/trainer kaedah cepat membaca Ameen.
Pernah muncul di Selamat Pagi Malaysia(2006), Wanita Hari Ini(2007) dan Astro Awani(2007). Juga di radio IKIM.(2005)
Seorang ibu mempunyai 6 orang putera dan seorang puteri. Telah mengajar sendiri anak -anak membaca di rumah dan setakat ini 5 orang telah boleh membaca sebelum bersekolah lagi.
Seorang penulis buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak khusus dalam Kaedah Cepat Membaca untuk Al-Ameen.
Buku-buku yang telah dihasilkan-Penulis bersama:
Cepat Membaca Bahasa Malaysia -’Cepat Baca’,
Cepat Membaca Bahasa Inggeris - ‘I Can Read’,
Cepat Membaca Jawi - ‘Bacalah Jawi’
Siri Cepat Baca ‘Bacaan Bertahap’ dalam versi rumi dan jawi.
Lancar Jawi 1&2 - Kaedah Cepat Menulis Jawi
Lancar Al-Barqy - Aktiviti Cepat Membaca Al-Quran AlBarqy


