NANTIKAN KEDATANGAN PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC PADA 19 MAC - 28 MAC.

Loginskip to content

January 19th, 2010

Berita baik bagi yang belum berkursus!

Bagi mereka yang tidak sempat berkursus pada 9 Jan yang lepas, kami akan mengadakan kursus sekali lagi pada 6 Februari ini. Sila lihat maklumat di bawah.

Sekali lagi, Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd akan mengadakan kursus 1 hari Kaedah Cepat Membaca Ameen. Kursus ini merupakan usaha berterusan Al-Ameen membantu tadika dan sekolah juga ibu bapa agar membentuk kemahiran membaca anak mengikut kaedah dan penyelidikan yang terkini.Seperti biasa kursus ini dibuka kepada pengusaha tadika, pusat tuisyen, guru besar, guru, ibu bapa dan individu yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya metodologi pengajaran membaca.

Tarikh: 6 Feb 2010

Tempat : Kompleks Pusat Kembangan Pendidikan UKM. Taman Tasik Titiwangsa, KL.

Masa: 9 pagi - 5 petangPenyertaan : RM 180 (insentif: pakej buku Ameen bernilai RM 75 -RM85 diberi secara percuma )

Diskaun RM90 bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.

Dianjurkan Oleh: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Seperti biasa, kursus ini akan dibahagikan kepada 3 kelas:

1Kaedah Cepat Membaca B. Melayu ‘Cepat Baca’ dan B. Inggeris ‘I Can Read’.

2Kaedah Cepat Membaca al-Quran ‘al-Barqy’ dan Jawi ‘Bacalah Jawi’.

3 Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran bertajwid kaedah Al-Barqy.

Aturcara Kursus:

8.30 pg. Pendaftaran

Bilik 2.11: ‘Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ & Bahasa Inggeris ‘I Can Read’

9.00 pg   Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu

10.30 pg Rehat
11.00 pg  Fonem bahasa Melayu

11.30 pg  Kaedah dan teknik pengajaran Cepat Baca

1.00 tgh   Makan tengah hari dan solat

2.30 ptg   Kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Inggeris

3.00 ptg   Fonem Bahasa Inggeris

4.30 ptg   Kaedah dan teknik pengajaran I Can Read

5.00 ptg   Bersurai
Bilik 2.4: ‘Kaedah Cepat Membaca Jawi ‘Bacalah Jawi’ & al-Quran ‘al-Barqy’
9.00 pg   Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu

Tulisan dan Fonem bahasa Melayu

10.30 pg  Rehat
11.00 pg  Kaedah dan teknik pengajaran Bacalah Jawi

12.30 pg  Hukum ejaan tulisan Jawi

1.00 tgh   Makan tengah hari dan solat

2.30 ptg   Keistimewaan al-Barqy
3.00 ptg   Sistem dan teknik pengajaran

4.00 ptg   Contoh pengajaran untuk setiap tajuk

5.00 ptg   Bersurai

Tenaga PengajarHaji Che Mazlan Saad
Bsc(Hons) (Manchester), Msc (Wales), CdipAF (ACCA)
Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UTM dan pengerusi Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin di Kuala Lumpur dan Gombak. Berpengalaman mengendalikan kursus pengurusan serta kursus peringkat prasekolah. Beliau mendapat anugerah Hadiah Bahasa tahun 1998 dan pingat Penghargaan Kerajaan Kemboja. Kini merupakan Pengerusi Eksekutif Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Zairani A. Hamid
B.Econ - (Flinders University of South Australia)
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa selama 10 tahun. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat pra sekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini bertugas sepenuh masa sebagai penulis, editor, dan salah seorang perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Salah seorang penulis buku pakej-pakej utama Kaedah Cepat Membaca Ameen Cepat Baca, I Can Read dan Bacalah Jawi. Pernah muncul di Wanita Hari Ini (WHI), ASTRO, Selamat Pagi Malaysia(SPM) dan juga di IKIM serta Radio 24.

Asma Khairuddin
B.A (Hons) English Language and Literature, IIUM(UIA)

Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Islam Antarabangsa  dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan(Bahasa Inggeris). Pernah mengajar TESL(English As A Second Language) di Pusat Bahasa ELS. Kini berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. sebagai ‘Research Editor’ menghasilkan bahan-bahan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga terlibat dalam mengendalikan kursus pelatihan Ameen khususnya untuk Kaedah Cepat Membaca bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ dan Inggeris -I Can Read.

Norhafifah Abdul Halim
B.A (Hons) Islamic Revealed Knowledge and Heritage(Fiqh & Usul al-Fiqh, IIUM(UIA)Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Islam Antarabangsa  dalam jurusan Fiqh dan Usul Fiqh. Berpengalaman mengajar al-Quran dan bahasa Arab. Kini, berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen Serve Holdings sebagai Research Editor dan perunding utama untuk Kaedah Mudah membaca Al-Quran bertajwid.

4 Responses to “Berita baik bagi yang belum berkursus!”

  1. nik kasmawani Says:

    masih ada tempat x?..saya berminat..untuk 6 feb 2010 ni..

  2. Zairani A. Hamid Says:

    Tak ada istilah penuh. Kalau tak muat kelas, kami sewa dewan. Silalah mendaftar.

  3. Ros Says:

    saya baru dpt tahu kursus tersebut pada hari ini, saya amat berminat tp mgkn tak berkesempatan untuk turut serta pada kali ini. Ada rancangan utk diadakan sekali lagi dlm masa terdekat?…terima kasih

  4. Zairani A. Hamid Says:

    InsyaAllah kami akan adakan pada 10 April. Thanks.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"CEPAT BACA DAN I CAN READ", "AL-AISAR" BAHASA ARAB& AL_QURAN alBarqy"
pada
10 April 2010

di
Kompleks Pusat Kembangan Pendidikan UKM Taman Tasik Titiwangsa, KL
Yuran RM180 dan dapatkan Pakej Ameen secara percuma.


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI KURSUS SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Ogos & September 2009

  • Berapa banyakkah kita belanjakan untuk pembelian buku anak-anak kita dalam setahun?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories