Maklumat terkini kursus Ameen ialah pada
Tarikh: 9 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Pusat Kembangan UKM, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur
Tarikh: 6 Februari 2010
Tempat: Kulliyyah Architecture, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor
Penyertaan : RM 180 (insentif: pakej buku Ameen bernilai RM 75 -RM85 diberi secara percuma )
Diskaun RM90 bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.
Dianjurkan Oleh: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Sekali lagi, Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd akan mengadakan kursus 1 hari Kaedah Cepat Membaca Ameen. Kursus ini merupakan usaha berterusan Al-Ameen membantu tadika dan sekolah juga ibu bapa agar membentuk kemahiran membaca anak mengikut kaedah dan penyelidikan yang terkini.
Seperti biasa kursus ini dibuka kepada pengusaha tadika, pusat tuisyen, guru besar, guru, ibu bapa dan individu yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya metodologi pengajaran membaca.
Kali ini, kursus ini akan dibahagikan kepada 3 kelas:
1Kaedah Cepat Membaca B. Melayu ‘Cepat Baca’ dan B. Inggeris ‘I Can Read’.
2Kaedah Cepat Membaca al-Quran ‘al-Barqy’ dan Jawi ‘Bacalah Jawi’.
3 Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran bertajwid kaedah Al-Barqy.
Aturcara Kursus:
8.30 pg. Pendaftaran
Bilik 1: ‘Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ & Bahasa Inggeris ‘I Can Read’
9.00 pg Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu
10.30 pg Rehat
11.00 pg Fonem bahasa Melayu
11.30 pg Kaedah dan teknik pengajaran Cepat Baca
1.00 tgh Makan tengah hari dan solat
2.30 ptg Kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Inggeris
3.00 ptg Fonem Bahasa Inggeris
4.30 ptg Kaedah dan teknik pengajaran I Can Read
5.00 ptg Bersurai
Bilik 2: ‘Kaedah Cepat Membaca Jawi ‘Bacalah Jawi’ & al-Quran ‘al-Barqy’
9.00 pg Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu
Tulisan dan Fonem bahasa Melayu
10.30 pg Rehat
11.00 pg Kaedah dan teknik pengajaran Bacalah Jawi
12.30 pg Hukum ejaan tulisan Jawi
1.00 tgh Makan tengah hari dan solat
2.30 ptg Keistimewaan al-Barqy
3.00 ptg Sistem dan teknik pengajaran
4.00 ptg Contoh pengajaran untuk setiap tajuk
5.00 ptg Bersurai
Tempat Seminar
Kursus akan diadakan di Kulliyyah Architecture, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Bilik 1 (Cepat Baca & I Can Read) di LR 1, Kulliyyah Architecture
Bilik 2 (Bacalah Jawi & al-Barqy) di LR 2, Kulliyyah Architecture
Dapatkan peta ke UIA, Gombak di http://www.iiu.edu.my/cac/?page_id=134
Tenaga Pengajar
Haji Che Mazlan Saad
Bsc(Hons) (Manchester), Msc (Wales), CdipAF (ACCA)
Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UTM dan pengerusi Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin di Kuala Lumpur dan Gombak. Berpengalaman mengendalikan kursus pengurusan serta kursus peringkat prasekolah. Beliau mendapat anugerah Hadiah Bahasa tahun 1998 dan pingat Penghargaan Kerajaan Kemboja. Kini merupakan Pengerusi Eksekutif Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Zairani A. Hamid
B.Econ - (Flinders University of South Australia)
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa selama 10 tahun. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat pra sekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini bertugas sepenuh masa sebagai penulis, editor, dan salah seorang perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Salah seorang penulis buku pakej-pakej utama Kaedah Cepat Membaca Ameen Cepat Baca, I Can Read dan Bacalah Jawi. Pernah muncul di Wanita Hari Ini (WHI), ASTRO, Selamat Pagi Malaysia(SPM) dan juga di IKIM serta Radio 24.
Asma Khairuddin
B.A (Hons) English Language and Literature, IIUM(UIA)
Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan(Bahasa Inggeris). Pernah mengajar TESL(English As A Second Language) di Pusat Bahasa ELS. Kini berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. sebagai ‘Research Editor’ menghasilkan bahan-bahan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga terlibat dalam mengendalikan kursus pelatihan Ameen khususnya untuk Kaedah Cepat Membaca bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ dan Inggeris -I Can Read.
B.A (Hons) Islamic Revealed Knowledge and Heritage(Fiqh & Usul al-Fiqh, IIUM(UIA)Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Fiqh dan Usul Fiqh. Berpengalaman mengajar al-Quran dan bahasa Arab. Kini, berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen Serve Holdings sebagai Research Editor dan perunding utama untuk Kaedah Mudah membaca Al-Quran bertajwid.
Pendaftaran
Yuran Penyertaan: RM 180.00 (Diskaun 50% bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.) * Percuma sekiranya menyertai Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja.
Cara Pendaftaran
a. Melalui Telefon
03-4143 4343(Puan Zairani / Ustz Norhafifah)
b. Melalui online
Layari www.blog.cepatbaca.com.my.
c. Melalui E Mel
Emelkan nama, nombor telefon, tarikh dan nama kursus ke alameen@tm.net.my
d. Melalui SMS
SMSkan nama, tarikh kursus dan nama kursus / kod kursus yang dipilih ke
Cara Pembayaran
Jika berminat, Tuan / Puan boleh membuat pembayaran bagi kursus tersebut dengan cara seperti berikut:
1. Melalui online (Maybank2U)
Pembayaran boleh dibuat terus melalui laman web www.maybank2u.com.my.
2. Melalui bank in
Pembayaran boleh dibuat secara bank in melalui akaun berikut:
Nama Akaun : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Nama Bank : Maybank
No Akaun : 562 188 100 158
Nama Akaun : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Nama Bank : Bank Islam
No Akaun : 140 320 100 159 55
Sila fakskan slip pembayaran yang sudah dibankkan ke talian 03-4149 1414.


