Al-Ameen akan mengadakan kursus kemahiran mengajar cepat membaca al-Quran dan Tajwid kaedah Al-Barqy untuk guru dan ibu bapa yang berminat.
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh: Sabtu 14 November 2009
Tempat: Kulliyyah Architecture, UIA, Gombak
Yuran: RM 180.00
Tel: 03- 4143 4343(Pn Zairani)
Kursus ini akan disampaikan oleh Ustazah Norhafifa Abdul Halim, yang kini berkhidmat sebagai editor bahagian Al-Quran dan agama di Al-Ameen. Ustazah Norhafifa mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dengan pengkhususan dalam bidang Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau berpengalaman mengajar al-Quran, Tajwid dan Bahasa Arab.
Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di kolum sebelah kanan.
“Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya” (maksud Hadis)


