NANTIKAN KEDATANGAN PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC PADA 19 MAC - 28 MAC.

Loginskip to content

September 3rd, 2009

Ramadhan karim

Saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua, walaupun sudah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Pertengahan puasa ini merupakan masa penuh rahmat dan pengampunan dari-Nya, moga kita bersungguh-sungguh mendapatkan redhaNya dan meningkatkan amal soleh.

Di sini saya ingin kongsikan tazkirah yang diberi oleh salah seorang staff Al-Ameen. Moga bermanfaat, dan ceria selalu!

Perkara-perkara Jangan dalam Islam

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.  

  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
    Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita
     

  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
    Makruh kerana ia membahayakan.

  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
    Makruh dan mewarisi kepapaan. 
     

  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
    (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 
     

  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
    Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 
     

  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
    Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 
     

  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
    Makruh dan mewarisi kepapaan. 
     

  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
    Nanti hati kita gelap dan diselaputi dosa. 
     

  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
    bila-bila masa. 
     

  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
    kalau memang kita bersalah. 
     

  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
    hilang bahagia. 
     

  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.   Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.  

  • Jangan bakhil untuk bersedekah.
    Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
     

  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.  

  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
    menghilangkan kasih orang kepada kita. 
     

  •  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
    cepat dimakbulkan ALLAH. 
     

  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
    Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 
     

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.  

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"CEPAT BACA DAN I CAN READ", "AL-AISAR" BAHASA ARAB& AL_QURAN alBarqy"
pada
10 April 2010

di
Kompleks Pusat Kembangan Pendidikan UKM Taman Tasik Titiwangsa, KL
Yuran RM180 dan dapatkan Pakej Ameen secara percuma.


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI KURSUS SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Ogos & September 2009

  • Berapa banyakkah kita belanjakan untuk pembelian buku anak-anak kita dalam setahun?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Categories