NANTIKAN KEDATANGAN PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC PADA 19 MAC - 28 MAC.

Loginskip to content

June 22nd, 2009

Kursus Ameen yang seterusnya!

Sekarang ni dah masuk pertengahan tahun. Apa khabar anak-anak di rumah? Ada yang dah nak masuk ke sekolah tahun hadapan tapi masih belum boleh membaca? Atau dah masuk tahun 1 tapi masih tidak lancar membaca? Saya cadangkan kalau anak masih tidak boleh membaca, cuba-cubalah tengokkan. Tidak boleh harapkan kepada sekolah saja. Cikgu di sekolah tu lagi ramai anak yang hendak dijaganya. Jangan awal-awal kata tak boleh atau tak pandai mengajar. Belum cuba belum tahu. Atau baru mencuba, jangan cepat mengalah. Belum usaha 100% lagi. Baru 10% usaha tu tak cukup.

SUdah ada yang bertanya kursus Ameen yang akan datang. Maka di sini saya perturunkan butirannya.

Tarikh: 1 Ogos 2009

Tempat: Kulliyyah Architecture, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor

Penyertaan : RM 180 (insentif: pakej buku Ameen bernilai RM 75 -RM85 diberi secara percuma )

Diskaun 50% bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.

Dianjurkan Oleh: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Sekali lagi, Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd akan mengadakan kursus 1 hari Kaedah Cepat Membaca Ameen. Kursus ini merupakan usaha berterusan Al-Ameen membantu tadika dan sekolah juga ibu bapa agar membentuk kemahiran membaca anak mengikut kaedah dan penyelidikan yang terkini.

Seperti biasa kursus ini dibuka kepada pengusaha tadika, pusat tuisyen, guru besar, guru, ibu bapa dan individu yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya metodologi pengajaran membaca.

Kali ini, kursus ini akan dibahagikan kepada 2 kelas:

1Kaedah Cepat Membaca B. Melayu ‘Cepat Baca’ dan B. Inggeris ‘I Can Read’.

2Kaedah Cepat Membaca al-Quran ‘al-Barqy’ dan Jawi ‘Bacalah Jawi’.

Aturcara Kursus:

8.30 pg. Pendaftaran

Bilik 1: ‘Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ & Bahasa Inggeris ‘I Can Read’

9.00 pg   Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu

10.30 pg Rehat
11.00 pg  Fonem bahasa Melayu

11.30 pg  Kaedah dan teknik pengajaran Cepat Baca

1.00 tgh   Makan tengah hari dan solat

2.30 ptg   Kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Inggeris 3.00 ptg   Fonem Bahasa Inggeris

4.30 ptg   Kaedah dan teknik pengajaran I Can Read

5.00 ptg   Bersurai
Bilik 2: ‘Kaedah Cepat Membaca Jawi ‘Bacalah Jawi’ & al-Quran ‘al-Barqy’
9.00 pg   Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu

Tulisan dan Fonem bahasa Melayu

10.30 pg  Rehat
11.00 pg  Kaedah dan teknik pengajaran Bacalah Jawi

12.30 pg  Hukum ejaan tulisan Jawi

1.00 tgh   Makan tengah hari dan solat

2.30 ptg   Keistimewaan al-Barqy
3.00 ptg   Sistem dan teknik pengajaran

4.00 ptg   Contoh pengajaran untuk setiap tajuk

5.00 ptg   Bersurai

Tempat Seminar

Kursus akan diadakan di Kulliyyah Architecture, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Bilik  1 (Cepat Baca & I Can Read) di LR 1, Kulliyyah Architecture

Bilik 2 (Bacalah Jawi & al-Barqy) di LR 2, Kulliyyah Architecture

Dapatkan peta ke UIA, Gombak di http://www.iiu.edu.my/cac/?page_id=134

Tenaga Pengajar

Haji Che Mazlan Saad
Bsc(Hons) (Manchester), Msc (Wales), CdipAF (ACCA)
Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UTM dan pengerusi Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin di Kuala Lumpur dan Gombak. Berpengalaman mengendalikan kursus pengurusan serta kursus peringkat prasekolah. Beliau mendapat anugerah Hadiah Bahasa tahun 1998 dan pingat Penghargaan Kerajaan Kemboja. Kini merupakan Pengerusi Eksekutif Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Zairani A. Hamid
B.Econ - (Flinders University of South Australia)
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa selama 10 tahun. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat pra sekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini bertugas sepenuh masa sebagai penulis, editor, dan salah seorang perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Salah seorang penulis buku pakej-pakej utama Kaedah Cepat Membaca Ameen Cepat Baca, I Can Read dan Bacalah Jawi. Pernah muncul di Wanita Hari Ini (WHI), ASTRO, Selamat Pagi Malaysia(SPM) dan juga di IKIM serta Radio 24.

Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Mesir
Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah Islamiyah. Telah menghasilkan buku Kaedah Mudah Berbahasa Arab - Al-Aisar . Juga terlibat dalam kursus-kursus pelatihan Ameen khususnya untuk Kaedah Cepat Membaca Al-Quran - Al-Barqy dan Jawi - Bacalah Jawi. Perunding utama untuk Kaedah Membaca Al-Quran Al-Barqy. Beliau juga menyandang jawatan Ketua Urus Setia Program Korban Aqiqah di Kemboja di Malaysia.
Pendaftaran

Yuran Penyertaan: RM 180

Diskaun 50% bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.

Cara Pendaftaran

1. Melalui Telefon

03-4143 4343(Puan Zairani)

2. Melalui online

Pendaftaran juga boleh dibuat di dalam www.blog.cepatbaca.com.my.

3. Melalui E Mel

10 Responses to “Kursus Ameen yang seterusnya!”

  1. azweeda Says:

    assalamualaikum wrth,

    Puan,
    saya ingin mendaftarkan diri pada 1 ogos ini. utk class ‘Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ & Bahasa Inggeris ‘I Can Read’…..once saya dah bank in kan rm180 by today Insyallah, saya akan faxkan ke pihak Puan. harap maklum.
    nama: azweeda (019-3324645)

  2. Zairani A. Hamid Says:

    Assalamualaikum Azweeda,
    Sorry saya baru buka blog ni hari ini. Saya baru keluar dari hospital. Dapat MC sampai Ahad ni. Tapi masuk juga hari ini. Boleh saya dapatkan nama penuh Azweeda? Azweeda buat pendaftaran atas nama institusi atau individu?

    Terima kasih.

  3. Mazura Says:

    Saya juga baru jumpa blog ni hari ni..Amat berminat dgn kursus yg di tawarkan..Masih banyak ke kekosongan tempat? Biasanya allocation utk berapa peserta..RM180/- seorang kan?

  4. fauzi Says:

    peserta lelaki ramai tak?

  5. Zairani A. Hamid Says:

    Assalamualaikum Mazura dan Fauzi,
    Terima kasih kerana sudi menjengok blog ni. Tempat banyak kosong. Don’t worry. At this time of the year, biasanya kelas tak ramai pun. Yang ramai biasanya hujung dan awal tahun, . Jadi, lebih baik datang yang tak ramai. Tumpuan lebih dapat diberikan. Kalau peserta lelaki ramai pun masa yang hujung dan awal tahun.
    Kalau nak hadir, saya alu-alukan. Di kolum kanan sekali ada tempat untuk mendaftar. Jumpa masa kursus nanti!

  6. Mazura Says:

    Saya dah mendaftar, cuma belum buat bayaran..Mungkin esok la..Bila beritahu pada suami, dia pun berminat nak join sekali..Tapi, adakah bayarannya tetap RM180/- seorang walau pun utk suami isteri?

  7. DET Says:

    Assalamualaikum wrth,
    Saya berminat dengan kaedah cepat membaca ini. Tiadakah kursus diadakan di sebelah utara khasnya pulau pinang..tentu ramai untuk menyertainya..

  8. Zairani A. Hamid Says:

    Assalamualaikum Mazura dan Det,
    Tak mengapa. Kursus minggu depan. Minggu depan pun masih boleh bayar. Kalau suami nak ikut sekali, kita bagi RM160 seorang plus pakej buku percuma berharga RM 75 hingga RM85. Kalau Mazura dan suami datang hanya bayar RM320 dan dapat 4 pakej percuma berharga RM 150 - RM170. Pakej tu boleh tukar-tukar ikut pilihan Mazura dan suami.
    Det… mailah KL. Boleh jalan-jalan shopping sekali kat sini. Kami akan pi Sibu dan Sandakan. Tapi Utara tak masuk dalam list. Kalau nak penginapan murah semurah RM10 sehari saya boleh uruskan. UIA ada tempatnya.

  9. Mazura Says:

    Salam..Bila paling lewat bayaran boleh di buat?

  10. Zairani A. Hamid Says:

    Rabu depan.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"CEPAT BACA DAN I CAN READ", "AL-AISAR" BAHASA ARAB& AL_QURAN alBarqy"
pada
10 April 2010

di
Kompleks Pusat Kembangan Pendidikan UKM Taman Tasik Titiwangsa, KL
Yuran RM180 dan dapatkan Pakej Ameen secara percuma.


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI KURSUS SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Ogos & September 2009

  • Berapa banyakkah kita belanjakan untuk pembelian buku anak-anak kita dalam setahun?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Categories