Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh semua,
Alhamdulillah. Setelah 2 bulan lebih dalam pantang, saya telah kembali bekerja hari ini.
Saya telah selamat bersalin dan mendapat anak perempuan. Kami beri nama Raiyan(nama syurga).
Berat 3.7 kg. Timbang 2 bulan kelmarin 5.2 kg. Sekarang ni makin berat. Apa tidaknya asyik menyusu saja. Pesta buku Antarabangsa pun dah habis. Tahun ni tak berpeluang menjual. Setiap tahun memang saya tak miss menjual. Tapi tahun ni tak diberi kesempatan. Seronoknya sebab dapat berjumpa dengan ibu bapa yang ada masalah dengan anak yang masih tidak boleh membaca…dengar keluhan dan kerisauan.
Minggu depan kursus akan diadakan. Diharap sesiapa yang berminat cepat-cepatlah mendaftar.
Sepanjang 2 bulan dalam pantang ni sempatlah juga saya mengajar anak saya membaca. Alhamdulillah, dah boleh mengeja dah pun. Nanti bila besar bolehlah masuk rancangan siapa pintar.
Bagi mereka yang ada postkan komen terima kasih saya ucapkan. Saya akan cuba balas setiap satu kemudian.Saya berasa cukup bersemangat apabila ada permintaan diadakan kursus di utara. selatan dan sabah dan sarawak pun ada. Doakan kita boleh adakan juga kursus tersebut.
Saya sudahi posting saya kali ini dengan quotation daripada salah seorang yang memberi komen dlm blog ini …
Ramainya tidak tahu membaca!!!! Ibubapa tolong buat sesuatu…ramai-ramai pakat hadir Kursus Cepat Baca ni…berbaloi…kita mampu mengubah statistik ini.
Kursus ini memang best dan teruji keberkesanannya.
Dari berhabis duit pergi holidays baik lapangkan masa 1 hari untuk hadir kursus ini.



May 28th, 2009 at 10:59 pm
Assalamualikum,
hai zai,tahniah dapat anak ke 8.manisnya nama Raiyan,
mesti penat juga le ni camno jaga lapan orang ni
kami yang berempat ni penat juga
my daughter 5 tahun ni slow siki bab membaca,asyik suka melukis ,colour tak macam kakak kakak dia yang lepas.
May 29th, 2009 at 3:00 am
Waalaikumsalam wbh.
Kak Iha!!!(bayangkan Zai menjerit nama Kak Iha). Kak Iha masih di KL ke? Hafidz ada cadang nak buat alumni Adelaidian. Bagilah no telefon Kak Iha. Rasa macam tak ada lagi. Marilah datang ikut kursus. Nanti Zai ajar macam mana nak bagi pederas anak Kak Iha membaca.
June 1st, 2009 at 2:05 pm
Huh.huh….
Memang masih ramai rakyat di negara ini yang tidak tahu membaca. Sangat menyedihkan apabila ramai pelajar tingkatan 1 yang masih tidak pandai membaca. Terfikir juga apalah yang mereka pelajari selama 6 tahun semasa sekolah rendah.
Bigboss saya selalu memberi nasihat agar membantu pelajar-pelajar ini membaca kerana takut-takut suatu hari nanti mereka ini akan menjadi calon menantu kita.
***
Tahniah, puan.Semogo zuriat yang lahir ini akan menjadi pembela agama Allah kelak.
June 16th, 2009 at 5:38 am
Salam,
Puan Zairani, saya agak risau dengan anak yang masih belum boleh membaca walaupun sudah berumur enam tahun. Walaupun sudah diajar, dia hanya akan ingat untuk tempoh yang sekejap sahaja. Anak saya menghadapi masalah untuk fokus terhadap apa yang diajar. Namun dia berkeupayaan untuk menghafaz ayat-ayat lazim dengan baik. Untuk makluman, anak saya ini seorang yang amat aktif (tidak boleh duduk diam dan dianggap oleh guru tadikanya sebagai ‘pengacau’) dan dia juga kidal. Mohon bantuan Puan yang telah banyak pengalaman dalam pendidikan anak-anak untuk membantu. Kursus Puan yang saya hadiri pada 30 Mei 09 yang lalu sedikit sebanyak membantu saya.
June 17th, 2009 at 2:32 am
Waalaikum salam wbh.
Terima kasih Puan Syima. Haha, saya harap calon menantu saya (ramai perempuan) semua boleh membaca.
Puan Aini, Puan masih belum terlambat. Jangan putus asa.
Sekiranya anak Puan jenis yang aktif,
1 Banyakkan aktiviti yang berpusat kepada anak. Jangan hanya minta anak pegang buku , sebut dan baca sahaja. Tetapi minta anak melakukan aktiviti yang memerlukan anak bergerak dan menggunakan kesemua deria yang anak ada. Anak akan jadi so occupied sehingga dia tiada masa untuk ‘mengacau orang lain’. Suruh anak menyusun kad, membentuk huruf, menulis huruf, menggunting huruf, mewarna huruf, melompat atas kertas huruf, bermain huruf dll.
2. Fikirkan pelbagai cara untuk anak ingat setiap fonem. Fonem sss seperti ular bentuknya pun melengkok macam ular atau minta anak menggerakkan tangan membentuk hhuruf s. Banyakkan pengukuhan selepas pengenalan kepada setiap fonem. Pastikan dia betul-betul kenal huruf dan fonem tertentu sebelum memperkenalkan kepada yang baru. Peringkat awal jangan terlalu ghairah untuk cepat memperkenalkan huruf baru. Tapi pastikan kemahiran 4Pnya mantap. Itu yang penting.
Cuba dulu. Konsep dan kaedah mengajar Puan dah tahu. As you teach, Puan boleh develop teknik sendiri. Selebihnya it is an art of teaching.
Last but not least, doa banyak2. InsyaAllah berjaya.
Beritahu perkembangan.
June 17th, 2009 at 4:03 am
Terima kasih banyak-banyak atas maklum balas. Saya akan cuba sedaya upaya dan akan memastikan dia boleh membaca sebelum naik tahun satu. Mungkin saya terlalu ghairah untuk dia cepat dapat membaca seperti kakaknya…saya terlupa yang potensi anak yang Allah kurniakan kepada kita berbeza…ujian Allah kepada saya…harap panduan dari puan Zai dapat saya manfaatkan. Hanya Allah yang dapat membalasnya…Wallahualam…