Saya sekarang ini sebenarnya sedang menunggu hari untuk melahirkan anak saya yang ke 8. Tolong doakan saya selamat bersalin dan dipermudahkan bersalin.
Anak-anak dilahirkan akan bermula dengan perkembangan kemahiran motor kasar seperti mengguling, menjulur, merangkak, berjalan, berlari, menaiki tangga dan sebagainya. Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran pertama manusia dan ia satu kemahiran semula jadi. Maksudnya anak akan dapat menguasainya tanpa perlu diajar. Tahu tahu anak kita dah boleh menjulur, tahu tahu anak dah boleh merangkak … Kemahiran kedua pula ialah kemahiran motor halus, satu kemahiran yang menggunakan koordinasi mata dan tangan.
Aktiviti -aktiviti kemahiran motor halus ini antaranya kurang kita senangi. ” Isy jangan koyak suratkhabar tu?”, ” La sapa main manik ni ? Habis bersepah..” ” Mari mak tuangkan air. Nanti tumpah, sapa nak lap?” ” Mari mak ikatkan tali kasut atau mari mak pakaikan kasut. Dah lambat, nanti tertinggal bas, sapa nak hantar?” ” Jangan kacau mak buat karipap. Nak makan ke tidak?”
Sedangkan, aktiviti -aktiviti seperti mengoyak, menguntai manik, menuang air, mengikat , menguli itu adalah untuk kemahiran motor halus anak-anak. Banyak lagi kemahiran motor halus. Menggunting… Melipat…menconteng … menampal… meramas… mengikat… Memasang butang …. Tapi yang itulah yang ramai antara kita melarang anak kita melakukannya.
“Jangan main gunting! Nanti luka!” Jangan kacau mak lipat baju ni, bila nak siap?” Kalau macam ni sebotol besar gam pun boleh habis. Dan yang paling memeningkan kepala ialah anak suka conteng dinding! Bukanlah saya maksudkan biarkan anak menconteng dinding tetapi anak kita tu boleh didisiplinkan untuk tidak menconteng dinding. Yang penting aktiviti menconteng, tak ada pula kita kata menconteng di atas dinding!
O.K.lah. cuba fikir-fikirkan. Wallahuaklam…



January 17th, 2010 at 9:23 am
Wow, you must really love your husband!
