NANTIKAN KEDATANGAN PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC PADA 19 MAC - 28 MAC.

Loginskip to content

February 14th, 2009

Kursus kaedah cepat membaca Ameen yang kedua untuk tahun 2009

Tarikh: 30 Mei 2009

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor

Penyertaan : RM 180(insentif: baucar pembelian buku RM30.00)

Diskaun 50% bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.

Dianjurkan Oleh: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Sekali lagi, Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd akan mengadakan kursus 1 hari Kaedah Cepat Membaca Ameen. Kursus ini merupakan usaha berterusan Al-Ameen membantu tadika dan sekolah juga ibu bapa agar membentuk kemahiran membaca anak mengikut kaedah dan penyelidikan yang terkini.

Seperti biasa kursus ini dibuka kepada pengusaha tadika, pusat tuisyen, guru besar, guru, ibu bapa dan individu yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya metodologi pengajaran membaca.

Kali ini, kursus ini akan dibahagikan kepada 2 kelas:

1Kaedah Cepat Membaca B. Melayu ‘Cepat Baca’ dan B. Inggeris ‘I Can Read’.

2Kaedah Cepat Membaca al-Quran ‘al-Barqy’ dan Jawi ‘Bacalah Jawi’.

Aturcara Kursus:

8.30 pg. Pendaftaran

Bilik 1: ‘Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ & Bahasa Inggeris ‘I Can Read’

9.00 pg   Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu

10.30 pg Rehat
11.00 pg  Fonem bahasa Melayu

11.30 pg  Kaedah dan teknik pengajaran Cepat Baca

1.00 tgh   Makan tengah hari dan solat

2.30 ptg   Kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Inggeris 3.00 ptg   Fonem Bahasa Inggeris

4.30 ptg   Kaedah dan teknik pengajaran I Can Read

5.00 ptg   Bersurai
Bilik 2: ‘Kaedah Cepat Membaca Jawi ‘Bacalah Jawi’ & al-Quran ‘al-Barqy’
9.00 pg   Konsep dan kemahiran asas membaca dalam pendidikan bahasa Melayu

Tulisan dan Fonem bahasa Melayu

10.30 pg  Rehat
11.00 pg  Kaedah dan teknik pengajaran Bacalah Jawi

12.30 pg  Hukum ejaan tulisan Jawi

1.00 tgh   Makan tengah hari dan solat

2.30 ptg   Keistimewaan al-Barqy
3.00 ptg   Sistem dan teknik pengajaran

4.00 ptg   Contoh pengajaran untuk setiap tajuk

5.00 ptg   Bersurai

Tempat Seminar

Kursus akan diadakan di Kulliyyah Architecture, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Bilik  1 (Cepat Baca & I Can Read) di LR 1, Kulliyyah Architecture

Bilik 2 (Bacalah Jawi & al-Barqy) di LR 2, Kulliyyah Architecture

Dapatkan peta ke UIA, Gombak di http://www.iiu.edu.my/cac/?page_id=134

Tenaga Pengajar

Haji Che Mazlan Saad
Bsc(Hons) (Manchester), Msc (Wales), CdipAF (ACCA)
Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UTM dan pengerusi Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin di Kuala Lumpur dan Gombak. Berpengalaman mengendalikan kursus pengurusan serta kursus peringkat prasekolah. Beliau mendapat anugerah Hadiah Bahasa tahun 1998 dan pingat Penghargaan Kerajaan Kemboja. Kini merupakan Pengerusi Eksekutif Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Zairani A. Hamid
B.Econ - (Flinders University of South Australia)
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa selama 10 tahun. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat pra sekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini bertugas sepenuh masa sebagai penulis, editor, dan salah seorang perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Salah seorang penulis buku pakej-pakej utama Kaedah Cepat Membaca Ameen Cepat Baca, I Can Read dan Bacalah Jawi. Pernah muncul di Wanita Hari Ini (WHI), ASTRO, Selamat Pagi Malaysia(SPM) dan juga di IKIM serta Radio 24.

Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Mesir
Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah Islamiyah. Telah menghasilkan buku Kaedah Mudah Berbahasa Arab - Al-Aisar . Juga terlibat dalam kursus-kursus pelatihan Ameen khususnya untuk Kaedah Cepat Membaca Al-Quran - Al-Barqy dan Jawi - Bacalah Jawi. Perunding utama untuk Kaedah Membaca Al-Quran Al-Barqy. Beliau juga menyandang jawatan Ketua Urus Setia Program Korban Aqiqah di Kemboja di Malaysia.
Pendaftaran

Yuran Penyertaan: RM 180

Diskaun 50% bagi pengusaha institusi pendidikan(tadika, sekolah, pusat tuisyen dll) dan guru.

Cara Pendaftaran

1. Melalui Telefon

03-4143 4343(Puan Zairani)

2. Melalui online

Pendaftaran juga boleh dibuat di dalam www.blog.cepatbaca.com.my.

3. Melalui E Mel

Emelkan nama, nombor telefon, tarikh dan nama kursus ke alameen@tm.net.my

12 Responses to “Kursus kaedah cepat membaca Ameen yang kedua untuk tahun 2009”

  1. Nor Maihamee binti Abd Gaffar Says:

    salam…kalau boleh buat satu bengkel di johor bahru…mesti ramai yg berminat

  2. Zairani A. Hamid Says:

    Waalaikumsalam.
    Terima kasih. Akan cuba diusahakan.

  3. Syikinokal Says:

    salam,
    anak saya baru berusia 2 tahun 10 bulan, saya kalau boleh teringin nak tengok anak pandai membaca awal, lebih-lebih lagi anak saya sangat petah bercakap dan tidak pelat seperti sepupunya yang lain. Bila agaknya puan akan buat bengkel di butterworth tak sabar rasanya menunggu…

  4. Cik Keyta Says:

    Asalamualaikum…

    Maaf tumpang bertanya, kursus ini diberi sijil atau tidak?
    Apa2 pun trima kasih di atas sebarang jawapan :)

  5. Tengku Badariah Hassan Says:

    Assalamualaikum….
    Apa bezanya di antara phonics dan phonemics? Kalau buku Bacalah Anakku menggunakan kaedah phonic apa bezanya dengan buku Cepat Baca yang menggunakan kaedah phonemic? Kedua-dua buku seperti menggunakan kaedah yang sama iaitu phonics. Maaf jika saya silap.

  6. Tengku Badariah Hassan Says:

    Salam…
    Pn Zairani dengan izin Allah, terima kasih dengan ilmu yang Puan berikan kepada saya. Alhamdulillah, setakat ini saya telah berjaya mendidik lebih daripada 70 orang pelajar samada yang normal IQ, autism mahupun dylexia membaca dengan lancar dan menulis dengan baik.

    80% telahpun menghadiri kelas membaca Bahasa Inggeris - I Can Read atau diserapkan ke kelas Yr1 untuk Eng/Sci/Maths pula. Mudah untuk saya mengajar mereka kerana pelajar-palajar saya yang mengikutinya mempunyai asas membaca dengan bunyi yang mantap. Dalam program ini saya mula mendedahkan mereka asas Maths, Science dan English. Alhamdulillah mereka boleh mengikutinya dan sudah mula belajar bertutur asas Bahasa Inggeris.

    Banyak pihak espcially PPD, guru-guru dan ibubapa mahukan saya menganjurkan kursus kaedah membaca ini. Ameen Holdings tidak ada perancangan untuk latih trainer - Train the Trainers ke? Kalau ada saya amat berminat untuk menghadirinya.

    Jutaan terima kasih sekali lagi. All the best, puan.

  7. Monopoly Says:

    Excellent post. Have you played this yet? It is a great game. http://citystreetsboard.com/forums

  8. ???? Says:

    ??? ?????, ???? ? ?? ????????.

  9. ???? Says:

    ??? ?????, ???? ? ?? ????????.

  10. Pn. Irma Says:

    Salam, sy seorang guru dan ibu kepada anak berusia 5 bulan, 2 thn dan 4 thn.Sy amat berminat mengikuti kursus cepat membaca ini.Sy amat berharap kursus ini dapat diadakan di JOHOR BAHRU..Dlm cuti sek lg baik…

  11. Zairani A. Hamid Says:

    Marilah naik ke KL. Sekali sekala berjalan, bercuti sambil berkursus. Minta maaflah, hari tu ada saya turun ke Mersing untuk guru-guru SK sekitar Mersing. JB tak ada pulak.

  12. Feijoo Says:

    {A budget tells us what we can’t afford, but it doesn’t keep us from buying it.|A business that makes nothing but money is a poor business.|A cardinal principle of Total Quality escapes too many managers: you cannot continuously improve interdependent systems and processes until you progressively perfect interdependent, interpersonal relationships.|About the time we can make the ends meet, somebody moves the ends.|Airline travel is hours of boredom interrupted by moments of stark terror.|All lasting business is built on friendship.|Almost all quality improvement comes via simplification of design, manufacturing… layout, processes, and procedures.|An advertising agency is 85 percent confusion and 15 percent commission.|An economist is an expert who will know tomorrow why the things he predicted yesterday didn’t happen today.|An economist’s guess is liable to be as good as anybody else’s.|And while the law of competition may be sometimes hard for the individual, it is best for the race, because it ensures the survival of the fittest in every department.|Anyone who has lost track of time when using a computer knows the propensity to dream, the urge to make dreams come true and the tendency to miss lunch.|As a small businessperson, you have no greater leverage than the truth.|Ask five economists and you’ll get five different answers - six if one went to Harvard.|Blessed is he who has found his work; let him ask no other blessedness.|Business is a combination of war and sport.|Business, more than any other occupation, is a continual dealing with the future; it is a continual calculation, an instinctive exercise in foresight.|Business, that’s easily defined - it’s other people’s money.|By working faithfully eight hours a day you may eventually get to be boss and work twelve hours a day.|Cannibals prefer those who have no spines.|Carpe per diem - seize the check.|Corporation: An ingenious device for obtaining profit without individual responsibility.|Definition of a Statistician: A man who believes figures don’t lie, but admits than under analysis some of them won’t stand up either.|Definition of Statistics: The science of producing unreliable facts from reliable figures.|Do more than is required. What is the distance between someone who achieves their goals consistently and those who spend their lives and careers merely following? The extra mile.|Do not trust people. They are capable of greatness.|Don’t gamble; take all your savings and buy some good stock and hold it till it goes up, then sell it. If it don’t go up, don’t buy it.|Don’t let your ego get too close to your position, so that if your position gets shot down, your ego doesn’t go with it.|Don’t simply retire from something; have something to retire to.|Don’t worry about people stealing your ideas. If your ideas are any good, you’ll have to ram them down people’s throats.|Economic depression cannot be cured by legislative action or executive pronouncement. Economic wounds must be healed by the action of the cells of the economic body - the producers and consumers themselves.|Effective leadership is putting first things first. Effective management is discipline, carrying it out.|Effort only fully releases its reward after a person refuses to quit.|Employees make the best dates. You don’t have to pick them up and they’re always tax-deductible.|Every day I get up and look through the Forbes list of the richest people in America. If I’m not there, I go to work.|Every few seconds it changes - up an eighth, down an eighth -it’s like playing a slot machine. I lose $20 million, I gain $20 million.|Every young man would do well to remember that all successful business stands on the foundation of morality.|Failure doesn’t mean you are a failure it just means you haven’t succeeded yet.|For a lot of people, the weekly paycheck is “take-home pay” because home is the only place they can afford to go with it.|Government in the U.S. today is a senior partner in every business in the country.}

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"CEPAT BACA DAN I CAN READ", "AL-AISAR" BAHASA ARAB& AL_QURAN alBarqy"
pada
10 April 2010

di
Kompleks Pusat Kembangan Pendidikan UKM Taman Tasik Titiwangsa, KL
Yuran RM180 dan dapatkan Pakej Ameen secara percuma.


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI KURSUS SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Ogos & September 2009

  • Berapa banyakkah kita belanjakan untuk pembelian buku anak-anak kita dalam setahun?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

February 2009
M T W T F S S
« Jan   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Categories