Kepada mereka yang mempunyai anak yang sedang mengambil SPM banyakkan berdoa semoga dilapangkan dadanya untuk menjawab soalan.Ameen.

Loginskip to content

November 14th, 2008

Sudah berbulan-bulan saya tidak menjenguk blog saya ini. Tetapi rupa-rupanya blog ini masih ada pengunjung. Alhamdulillah. Moga saham saya di akhirat, dalam saya tak sedar, bertambah. Sebagaimana dalam hadis Rasulullah saw, 3 perkara yang dibawa apabila seseorang meninggal dunia iaitu:
anak yang soleh
ilmu yang diajar
sedeqah jariah.
Rasulullah juga menyarankan setiap diri yang mengaku Islam untuk menyampaikan ilmu walaupun hanya sepotong ayat.
Saya sekarang sedang membaca sebuah buku yang bertajuk Teaching phonics today- a primer for educators karangan Dorothy S Strickland. Mengandungi perbincangan yang menarik tentang phonics itu sendiri. Saya akan cuba ringkaskan dan berkongsi dengan pembaca blog ini apabila telah khatam nanti.
Juga akan ada satu lagi tarikh untuk kursus kaedah mengajar membaca pada 31 Jan akan datang. Boleh mula mendaftar!

8 Responses to “”

  1. intan Says:

    akum pn zairani. harap pn masih ingat saya. bila akan ada bengkel percuma utk albarqy pulak. alhamdulillah setelah menghadiri seminar tempoh hari, anak saya suada boleh membaca sebelum masuk darjah satu tahun depan.

  2. Zairani A. Hamid Says:

    Waalaikumsalam,
    Peserta bengkel 23 Ogos yang lalu ada 2 orang yang bernama Intan. Intan Zainal dan Intan Jastina. Intan Zainal telah mengikuti kursus lanjutan pada 18 Oktober. Jadi saya rasa Puan mesti Intan Jastina dari Majalah PA & MA. Betul tak?

    Alhamdulillah. saya tumpang gembira. Bengkel percuma tak adalah lagi buat masa ini. Yang ada yang berbayar pada 31 Jan 2009. Marilah datang.

  3. Nor Azlina Nordin Says:

    Assalamualaikum Pn Zairani, saya mengusahakan tadika secara kecil-kecilan. Fokus saya memang untuk membolehkan anak-anak didik saya boleh membaca apabila naik thn 1. Tolong adv kat saya ada tak bengkel untuk kami di bhg utara ni.

  4. intan Says:

    eii salah la , saya ni la intan zainal . yang anak baca c.ak.e tu. mmg saya dah ikuti kursus lanjutan august hari tu. cuma skrg nak ajar anak baca jawi pulak. sebelum dtg utk bengkel akan dtg, saya ingat nak hadir utk kursus percuma setengah hari dulu. tak apa, bila ada tolong email pada saya. Terima kasih sekali lagi sebab anak saya dah boleh baca. lapang sikit dada ni

  5. Zairani A. Hamid Says:

    Dan terima kasih kepada Pn Intan kerana memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami. Alhamdulillah anak Pn boleh membaca hasil usaha Pn juga. Tahniah. Bolehlah kempen dekat ibu bapa yang lain suruh depa ajar anak mereka di rumah.
    Datang je lah ke bengkel 31 Jan tu. Biasanya tengah -tengah tahun baru kami buat yang percuma tu. Kami bagi potongan 50% untuk peserta kali kedua. Amacam?

  6. Zairani A. Hamid Says:

    Kami memang nak sangat ke utara tu. Puan Azlina di Utara tu kat mana ya? Setakat ni ada undangan ke Taiping untuk kursus I Can Read dalam bulan Disember tapi tarikh tak tau lagi. Saya juga baru contact Che Wan Suid(ex PPD Kulim) minta beliau organise kursus ini di Kulim. Harap-harap dapat berjumpa dengan guru-guru di Utara sebelum habis tahun 2008 ni.

  7. Mimi Abdul Rahman Says:

    Assalamualaikum Pn Zairani. Saya tak sabar hendak menyertai kursus baca cepat Jawi pada 31 Jan ini kerana anak saya akan memasuki sekolah agama pada tahun hadapan darjah 1 tetapi masih belum boleh baca Jawi, tetapi lancar membaca rumi bahasa dan inggeris. Kami adalah salah seorang peserta korban dan aqiqah tahun ini, jadi tawaran kursus percuma itu tidak akan kami lepaskan.

  8. Zairani A. Hamid Says:

    Jumpa di sana! InsyaAllah.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"TAJWID, CEPAT BACA, I CAN READ, BACALAH JAWI, AL-QURAN- AL-BARQY" pada 31 JANUARI 2009

di
UIA, GOMBAK
Yuran RM180 dan PERCUMA PAKEJ BUKU AMEEN BERNILAI RM 90


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI BENGKEL SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Julai 2008

  • Adakah di rumah anda sudah ada perpustakaan mini?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

November 2008
M T W T F S S
« Aug    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Categories