Kepada mereka yang mempunyai anak yang sedang mengambil SPM banyakkan berdoa semoga dilapangkan dadanya untuk menjawab soalan.Ameen.

Loginskip to content

August 7th, 2008

Seminar Satu Hari Kaedah Cepat Membaca Ameen

Tarikh: 23 Ogos 2008

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor

Penyertaan : Percuma

Dianjurkan Oleh: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd akan mengadakan seminar 1 hari Kaedah Cepat Membaca Ameen. Seminar ini merupakan usaha berterusan Al-Ameen membantu tadika dan sekolah juga ibu bapa agar membentuk kemahiran membaca anak mengikut kaedah dan penyelidikan yang terkini.

Al-Ameen memberikan tumpuan dalam program penyelidikan tentang kemahiran membaca yang mendalam dan berterusan. Hasil dari penyelidikan tersebut, al-Ameen telah berjaya menghasilkan 5 pakej teras iaitu kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu (Cepat Baca), Bahasa Inggeris (I Can Read), Al-Quran (Al-Barqy), Tajwid Al-Quran(Tajwid Al-Barqy) dan Jawi (Bacalah Jawi).Kami juga menyediakan bengkel-bengkel pelatihan untuk guru-guru dan ibu bapa bagi memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul dan berkesan digunakan.

Pakej-pakej Cepat Membaca Ameen telah diguna pakai oleh banyak tadika di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malah pakej ‘Cepat Baca’ - kaedah cepat membaca bahasa Melayu kami telah mendapat anugerah Buku Negara pada tahun 2005 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Kami juga telah mengadakan kursus-kursus pelatihan untuk guru-guru dan ibu bapa di serata Malaysia. Sehingga hari ini, hampir 5000 peserta yang terdiri daripada guru tadika swasta dan ibu bapa telah mengikuti kursus pelatihan kami. Yang lebih penting, puluhan ribu kanak-kanak prasekolah telah boleh membaca dengan lancar menggunakan pakej-pakej kaedah Cepat Membaca Ameen.

Sebagai insentif, kami menawarkan seminar ini kepada anda secara percuma! Juga mereka yang menghadiri seminar ini akan berpeluang untuk mendapatkan pakej-pakej Kaedah Cepat Membaca Ameen pada hari seminar itu pada kadar diskaun 50%!

Seminar ini dibuka kepada pengusaha tadika, pusat tuisyen, guru besar, guru dan individu yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya metodologi pengajaran membaca.

Seminar ini akan dibahagikan kepada 3 kelas:

1Kaedah Cepat Membaca b. Malaysia .Cepat Baca. dan b. Inggeris . I Can Read.

2Kaedah Cepat Membaca al-Quran .al-Barqy. dan Jawi .Bacalah Jawi.

3Pengurusan Kewangan Tadika.

Aturcara Seminar:

8.30 pg. Pendaftaran

Dewan 1:

9.00 pg Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu .Cepat Baca.
10.30 pg Rehat
11.00 pg Kaedah Cepat Membaca Bahasa Inggeris . I Can Read.
1.00 tgh Makan tengah hari dan solat

Dewan 2:

9.00 pg Kaedah Cepat Membaca Jawi .Bacalah Jawi.
10.30 pg Rehat
11.00 pg Kaedah Cepat Membaca al-Quran .al-Barqy.
1.00 tgh Makan tengah hari dan solat

Dewan 3:

2.30 ptg Pengurusan Kewangan Tadika
4.00 ptg Sesi Soal Jawab
4.20 ptg Sesi Penutup
4.30 ptg Bersurai

Tempat Seminar

Seminar akan diadakan di Kulliyyah Architecture, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Dewan 1 (Cepat Baca & I Can Read) di LT 1, Kulliyyah Architecture

Dewan 2 (Bacalah Jawi & al-Barqy) di LT 2, Kulliyyah Architecture

Dewan 3 (Pengurusan Kewangan Tadika) di LT1, Kulliyyah Architecture

Dapatkan peta ke UIA, Gombak di http://www.iiu.edu.my/cac/?page_id=134

Tenaga Pengajar

Haji Che Mazlan Saad
Bsc(Hons) (Manchester), Msc (Wales), CdipAF (ACCA)
Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UTM dan pengerusi Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin di Kuala Lumpur dan Gombak. Berpengalaman mengendalikan kursus pengurusan serta kursus peringkat prasekolah. Beliau mendapat anugerah Hadiah Bahasa tahun 1998 dan pingat Penghargaan Kerajaan Kemboja. Kini merupakan Pengerusi Eksekutif Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Zairani A. Hamid
B.Econ - (Flinders University of South Australia)
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa selama 10 tahun. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat pra sekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini bertugas sepenuh masa sebagai penulis, editor, dan salah seorang perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Salah seorang penulis buku pakej-pakej utama Kaedah Cepat Membaca Ameen Cepat Baca, I Can Read dan Bacalah Jawi. Pernah muncul di Wanita Hari Ini (WHI), ASTRO, Selamat Pagi Malaysia(SPM) dan juga di IKIM serta Radio 24.

Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Mesir
Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah Islamiyah. Telah menghasilkan buku Kaedah Mudah Berbahasa Arab - Al-Aisar . Juga terlibat dalam kursus-kursus pelatihan Ameen khususnya untuk Kaedah Cepat Membaca Al-Quran - Al-Barqy dan Jawi - Bacalah Jawi. Perunding utama untuk Kaedah Membaca Al-Quran Al-Barqy. Beliau juga menyandang jawatan Ketua Urus Setia Program Korban Aqiqah di Kemboja di Malaysia.

Iriani Asnawi
Diploma In Accountancy UITM
Pernah berkhidmat sebagai guru Matematik. Berpengalaman bekerja sebagai Penolong Akauntan Kanan di Kumpulan Sapura Holdings Sdn. Bhd. selama lebih daripada 15 tahun. Pernah mengikuti kursus .Strategic Planning in Malaysian Business Taxation 2006. dan .Effective Credit Control Policies and Debt Collection Techniques. Ahli Exco didalam MDDA (Malaysian Direct Distribution Association).

Pendaftaran

Yuran Penyertaan: Percuma

Cara Pendaftaran

1. Melalui Telefon

03-4143 4343

2. Melalui laman web

Pendaftaran juga boleh dibuat di dalam www.cepatbaca.com.my.

3. Melalui E Mel

Emelkan nama, nombor telefon, dan nama kursus ke alameen@tm.net.my

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"TAJWID, CEPAT BACA, I CAN READ, BACALAH JAWI, AL-QURAN- AL-BARQY" pada 31 JANUARI 2009

di
UIA, GOMBAK
Yuran RM180 dan PERCUMA PAKEJ BUKU AMEEN BERNILAI RM 90


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI BENGKEL SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Julai 2008

  • Adakah di rumah anda sudah ada perpustakaan mini?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories