Kepada mereka yang mempunyai anak yang sedang mengambil SPM banyakkan berdoa semoga dilapangkan dadanya untuk menjawab soalan.Ameen.

Loginskip to content

May 21st, 2008

Pada hari Ahad lepas, saya berpeluang menghadiri satu bengkel Bahasa Tinggi yang dikendalikan oleh Prof Abdullah Hassan.. input yang sangat berguna untuk saya. Dan inginlah saya berkongsi dengan pembaca intipati dari bengkel tersebut.

Apa pentingnya kita menggunakan bahasa tinggi(neka tinggi) dalam percakapan dan penulisan kita?
Mengapa kita harus mengekalkan penggunaan bahasa tinggi yang juga dikenali dengan bahasa sekolah, bahasa buku, bahasa surat dan bahasa hormat tetapi jangan pula disalah ertikan dengan bahasa istana.

Kerana bahasa ini adalah bahasa kekal(permanent language). Bahasa inilah yang akan bertahan lama dan difahami oleh lebih ramai orang. Bahasa tinggi merentasi ruang dan masa. Kita boleh lihat contohnya karya Shakespeare walaupun sudah beratus-ratus tahun usianya tetapi masih dibaca sehingga kini.

Manakala bahasa rendah atau bahasa Mat Rempit seperti yang dikatakan oleh Prof., tidak akan kekal lama(non permanent language) dan bahasa ini juga terhad. Bahasa rendah tidak merentasi ruang dan masa. Contoh: fulamak, fuyoh.

Bahasa kanak-kanak juga termasuk dalam neka rendah. Seseorang yang tidak dapat menguasai bahasa tinggi akan miskin ilmu dan budaya. Pelajar sekolah yang tidak menguasai bahasa tinggi akan menghadapi masalah untuk memahami pelajaran. Lantaran itu akan menjadi miskin dari segi ilmu dan budaya. Maka, kita lihat orang yang mempunyai kemampuan intelektual yang tinggi biasanya mempunyai penguasaan bahasa tinggi yang baik.

Bahasa neka rendah ini biasanya dituturkan oleh mereka yang datang dari latar belakang ekonomi yang rendah dan kanak-kanak. Bahasa dialek juga termasuk dalam kategori neka rendah. Kosa kata yang terhad juga adalah ciri-ciri bahasa rendah.

Dalam posting yang akan datang saya akan senaraikan ciri-ciri bahasa rendah. Mungkin kita boleh membuat penilaian ke atas diri kita sendiri; apakah kita menggunakan neka tinggi atau neka rendah.

Wallahuaklam.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"TAJWID, CEPAT BACA, I CAN READ, BACALAH JAWI, AL-QURAN- AL-BARQY" pada 31 JANUARI 2009

di
UIA, GOMBAK
Yuran RM180 dan PERCUMA PAKEJ BUKU AMEEN BERNILAI RM 90


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI BENGKEL SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9

Apa Kata Survey? Bulan Julai 2008

  • Adakah di rumah anda sudah ada perpustakaan mini?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Categories