Kepada mereka yang mempunyai anak yang sedang mengambil SPM banyakkan berdoa semoga dilapangkan dadanya untuk menjawab soalan.Ameen.

Loginskip to content

Archive for September, 2007

Jom kenali bahasa kita - Huruf

Wednesday, September 26th, 2007

Ramai yang keliru antara huruf dan abjad. A ialah huruf begitu juga dengan b, c dan seterusnya sehingga z. Dan huruf – huruf ini adalah abjad bagi tulisan rumi. Manakala susunan alif, ba , ta dan seterusnya hingga ya ialah abjad bagi tulisan Jawi.

Mengikut kamus Dewan, abjad ialah :

(more…)

Ketahui Asas Kemahiran Membaca No 5

Thursday, September 20th, 2007

Sedar bahawa ada huruf yang sama tetapi boleh membawa dua bunyi

Bagi kita yang sudah membaca beratus-ratus ribu perkataan, kita tidak ada masalah membaca perkataan seperti meja, teko, merah, pekak dan perkataan-perkataan lain yang ada huruf e.

Kerana e boleh membawa bunyi /e/ seperti dalam perkataan ‘emak’ dan juga /e/ seperti dalam perkataan ‘ekor’.

Kalau dahulu, huruf e ada e tanda. (more…)

Jom Ketahui Asas Kemahiran Membaca No 4

Monday, September 17th, 2007

Sedar bahawa ada masanya dua huruf membawa satu bunyi.

Kalau kita kira ABC dari a hingga z, kita dapati ada 26 huruf. Tetapi dalam bahasa Malaysia, ada lebih kurang 34 bunyi yang perlu diberi simbol/huruf. Namun 26 huruf dengan 34 bunyi memang tak sepadan. Ini bermakna ada kurang lebih 8 bunyi yang terpaksa diberi simbol baru.

(more…)

Ketahui Asas Kemahiran Membaca No 3

Saturday, September 15th, 2007

Memilih, memenggal dan memisahkan sukukata dan bunyi.

Anak juga mesti tahu dan mampu memilih dan memenggalkan ayat kepada perkataan dan seterusnya kepada sukukata seperti di bawah.

NaimaimangMakah,blaohtokainaidehHarekHarekDheiNainaotelPajai,manglamngaPajai
naijaohakaoksengDarakdihpurwangtel,riyakharhargilainairayemthiip. (more…)

Jom Ketahui Asas Kemahiran Membaca No 2

Wednesday, September 12th, 2007

Menggabungbunyi huruf dan bunyi membentuk perkataan

Semasa otak kita mentafsirkan tulisan kepada bunyi, pada masa yang sama juga, kita menggabungkan bunyi yang telah ditafsirkan itu membentuk perkataan.

Saya teringat akan seorang guru tadika muda yang datang mengadu. Dari raut wajahnya, jelas beliau kebuntuan idea. Suaranya menggambarkan tekanan yang dihadapinya. Ibu bapa datang mengadap, bertanyakan perihal anak masing-masing.

(more…)

Jom Ketahui Asas Kemahiran Membaca no 1

Monday, September 10th, 2007

Kenal bentuk setiap huruf dan boleh mentafsirkannya kepada bunyi.

Setiap kali saya memperlihatkan satu tulisan yang asing contoh tulisan Jepun kepada peserta kursus Ameen, respons yang sama saja saya terima bila ditanya kenapa kita tidak boleh membacanya.

“tak biasa dengan simbol tu.”
“tak boleh nak tafsirkan simbol tu.”

Ingat tak akan tafsiran membaca iaitu mentafsirkan tulisan (huruf) kepada pengucapan(bunyi)?

Menurut kajian yang dibuat di Amerika

“Letters are sounds symbols. They do not make sounds but they represent sounds”

Begitu juga dengan kajian yang dibuat oleh Pendita Zaaba di dalam bukunya yang ditulis pada 1941 mengatakan;

“Bunyi suara digambarkan dengan huruf”

(more…)

Makluman

Click here for Career Opportunity

BENGKEL KAEDAH CEPAT MEMBACA AMEEN

"TAJWID, CEPAT BACA, I CAN READ, BACALAH JAWI, AL-QURAN- AL-BARQY" pada 31 JANUARI 2009

di
UIA, GOMBAK
Yuran RM180 dan PERCUMA PAKEJ BUKU AMEEN BERNILAI RM 90


Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

DISKAUN MENARIK UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA HARI BENGKEL SAHAJA


Klik sini untuk mendaftar
Berita Terkini
_dsc0173.JPG Sebahagian Peserta Kursus Cepat Baca &
I Can Read pada 23 OGOS
2008 di Kulliyyah Architecture.



Muncul di dalam rancangan WHI pada 9 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang untuk mewar-warkan tentang Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Hos Wardina dan Azean



Muncul di dalam Astro Awani pada 15 November 2007 bersama Puan Dayang Lily dari Ummiku Sayang juga untuk mewar-warkan Seminar anjuran Ummiku Sayang bertajuk "Persediaan anak anda untuk ke tahun 1". Tetapi kali ini datang atas jemputan mereka. Hos Dang Suria



Muncul di dalam Wanita Hari Ini (video klip)pada 27 November 2007 bersama Puan Nur Jannah Dinie dan Rasheedah Zakaria di studio untuk membincangkan tentang kaedah mengajar anak membaca.Juga datang atas jemputan mereka. Hos Farah Deeba dan Nadia
Keluar di dalam Radio 24 membincangkan topik mengajar anak membaca dan permasalahannya.



Why Our Children Can't Read and what we can do about it
written by Diane McGuinness, Ph.D. Publiher Free Press, New York ISBN 0-684-83161-9