Tuesday, June 19th, 2007
Hakikatnya, hanya manusia yang boleh membaca dan menulis. Walaupun ada kajian yang mengatakan haiwan juga boleh membaca, namun cara membacannya tidak sama seperti membacanya kita, manusia.
Dan di kalangan kita sendiripun, tidak semua yang dapat mengecapi anugerah ini. Membaca ialah satu kemahiran tertinggi seseorang manusia. Membaca ialah satu kemahiran yang komplikated.
Kita kena akui bahawa membaca bukan satu perkara yang mudah untuk anak-anak kita lakukan. Kemahiran membaca memerlukan minda kita untuk mentafsir dan menterjemah.
(more…)
Posted in Kemahiran Membaca | No Comments » | 434 Views
Monday, June 18th, 2007
“Anak saya dah boleh membaca. Kalau bagi suratkhabar tu, dia boleh sebut yang ini a, yang ini b, yang ini c… Semua betul. Tak ada satu pun yang silap. Kalau a dia akan kata a. Kalau b dia akan kata b. Tak ada pula dia keliru b dengan d atau p dengan q …”
Ramai di antara kita tidak faham apa itu membaca. Fahaman seperti di atas adalah satu fahaman yang biasa bagi kebanyakan ibubapa. Rata-rata, kita beranggapan untuk membaca, anak perlu kenal huruf atau tahu nama huruf. Tanggapan ini disahihkan pula dengan rancangan-rancangan pendidikan kanak-kanak. Contoh yang paling mudah ialah Sesame Street.
Bahan-bahan pendidikan terutamanya buku juga diolah untuk memperkenalkan nama huruf terlebih dahulu. Lagu ‘abc’, saya fikir ialah lagu yang semua orang tahu tidak kira tua ataupun muda. Ia boleh dikira lagu yang evergreen.
Justeru itu, mari kita hilangkan kekeliruan ini dahulu. Cuba kita fahami apa itu membaca. Kita tidak mahu bila kita sudah mula mengajar tiba-tiba baru kita tersedar yang kita sudah tersalah ajar. Ibaratnya memandu di Kuala Lumpur yang penuh dengan ‘highway’, kalau sudah tersilap jalan, baru hendak berpatah balik, memanglah menyusahkan diri.
Ada beberapa konsep umum yang kita perlu tahu tentang membaca. Mari kita lihat satu persatu.
(more…)
Posted in Kemahiran Membaca | 5 Comments » | 668 Views
Saturday, June 16th, 2007
Kita mesti ingat yang membaca itu bukan satu anugerah kepada setiap anak. Tetapi pada masa yang sama, setiap anak itu berhak untuk membaca. Dan membaca itu bukan lagi berada pada tahap penting… ianya sudah jatuh ke tahap wajib. Anak kita wajib boleh membaca. Ingat! Tiada yang lebih menyayangi anak selain daripada kita, ibubapanya.
Berapa ramai yang sudah boleh membaca pada usia seawal 3 tahun? Dan siapakah yang bertanggungjawab mengajar anak ini sehingga boleh membaca kalau bukan ibubapanya. Kisah seorang kanak-kanak lelaki, kalau kita masih ingat 30 tahun yang lalu, menggemparkan masyarakat dengan keupayaannya membaca pada usia 4 tahun. Siapakah orang di sebalik kisah kanak-kanak ini kalau bukan ibunya? bukan seorang guru tetapi seorang jururawat.
(more…)
Posted in Kemahiran Membaca | No Comments » | 380 Views